Saturday, December 08, 2007

Puisi Sempena Hari OKU......



BERIKAN PELUANG ITU...

Kami dilabel
Insan kurang upaya
Lalu
Keupayaan kami
Yang masih tersisa
Bagai dilupakan.

Kurang bukan bererti tiada
Sempurna belum menjanjikan kesempurnaan
Sudah memang adat
Yang sempurna membantu yang kurang
Kerana yang kurang pun
Harus terus meniti hidup
Ingin turut merasa
Nikmat kesenangan
Nikmat kesejahteraan
Nikmat kejayaan.

Kekurangan itu hanya zahir
Yang lain sempurna
Akal waras cekal
Semangat keras kental
Minda luas terbuka
Hati puas menanti
Siap siaga
Memberikan yang terbaik
Positif
Inovatif
Pro-aktif.

Kekurangan bukan pagar besi
Yang menghalang diri
Menjadi maju berdikari.

Lihatlah pada
Kelebihan
Kemahiran
Intelek
Nilai-nilai murni
Yang membentuk sahsiah peribadi insan
Yang punya rasa dan hati.

Lontarkan jauh-jauh
Prasangka
Ragu
Sangsi
Yang bagaikan
Api dalam sekam
Membakar dalam diam
Hingga realiti
Rentung hangus
Tidak bernilai lagi.

Berikan peluang itu
Yakinlah pada kemampuan kami
Akan kami buktikan
Sepenuh daya dan iltizam
Menyempurnakan tugas dan tanggungjawab
Menyumbang cara kami
Ke arah merealisasikan
Wawasan para pemimpin
Agar tanah air tercinta
Menjadi cemerlang, gemilang, terbilang
Dan maju menjelang 2020.

Semoga kami
Bukan lagi
Insan kurang upaya
Yang tercicir dan terpinggir
Dari arus pembangunan pesat
Di alaf ICT serba canggih.


Kuala Lumpur
21 Mei, 2005

Selamat Hari OKU (4 Dec)

Zahari Hashim

Benarkah semua ini? Apakah golongan OKU pernah diberi peluang yang setara dengan orang-orang bukan OKU? Apakah stigma “OKU” ini akan menjadi label kami untuk selama-lamanya? Apakah kesalahan atau dosa kami sehingga “dijatuhkan” hukuman (stigma) sebegini?

人生就是这样。。 时常自以为聪明。。 说话从不经大脑!! 这颗心。。 再次被刺语割伤!! 缺少。。 不代表完全没有。。

残障的我们。。 也是人。。也一样有感受。。 残障不是残废。。 残障不代表没有用。。 我们要的是机会!!

你是否能明白这一切? 我们的需要, 我们的要求。。 甚至我们的感受!! 你要的是我们的表现。。 你要的是我们的“成绩”。。 想想看。。 没有机会怎么会有成就?

No comments: